Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
3 orang

Resipi ini sangat mudah dan ringkas. Selalunya org buat sambal ikan bilis, tapi kali ini saya buat sambal tempoyak ikan bilis. Siapa penggemar durian dan tempoyak harus cuba resipi ringkas dan lazat ini.

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri
  • Tempoyak 3-4 sudu besar
  • Bawang besar satu biji – dihiris
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
    • Bawang putih 2 ulas
    • Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
    • Cili merah 1-2 biji

Cara-cara:

  1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
  2. Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.
  3. Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.

Tips

  • Resepi ini lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan juga lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.