Resepi Puding Jagung Sedap

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
6 orang

Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut. Cara nak menyediakannya pula sangatlah mudah. Untuk resepi ini, Che Nom cuba mencari jalan yang paling mudah untuk sediakan puding jagung dan sukatannya pun senang untuk diikuti. Rasanya memang memikat selera kami sekeluarga.

Bahan-Bahan:

  • 1 tin jagung manis berkrim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air)
  • 1 1/2 sudu besar majerin

Cara-cara:

  1. Masukkan jagung, tepung kastard gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam blender dan kisar. Tujuannya supaya jagung dikisar halus dan diadun sebati dengan bahan-bahan lain.
  2. Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
  3. Kemudian masukkan pula majerin dan kacau sehingga sebati.

Tips

  • Jika anda tak suka jagung yang dikisar halus boleh adun bahan dalam periuk sahaja. Tak perlu di blender.