Resepi Muffin Chocolate Hazelnut

Masa Penyediaan
None
Masa Memasak
None
Jumlah Hidangan
None

Resepi muffin chocolate hazelnut yang lembap dan sedap, ditambah dengan rasa lemak dari kacang hazelnut yang dikisar. Anda perlu menggunakan serbuk koko dan chocolate chip yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan rasa muffin yang enak. Sesuai untuk dihidangkan pada minum petang, atau boleh juga dipek dengan cantik sebagai door gift.

Bahan-Bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar nutella
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/3 cawan kacang hazelnut
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
  5. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
  6. Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
  7. Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.