Muffin Chocolate Hazelnut
Resepi muffin chocolate hazelnut yang lembap dan sedap, ditambah dengan rasa lemak dari kacang hazelnut yang dikisar. Anda perlu menggunakan serbuk koko dan chocolate chip yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan rasa muffin yang enak. Sesuai untuk dihidangkan pada minum petang, atau boleh juga dipek dengan cantik sebagai door gift.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 24 Jun 201626 paparan
Masa Penyediaan
N/A
Masa Memasak
N/A
Jumlah Masa
N/A
Hidangan
? orang
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 biji telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 3/4 cawan coklat cip
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar nutella
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/3 cawan kacang hazelnut
- 1 cawan susu full cream
- 1/3 cawan minyak jagung atau mazola
Cara Memasak
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- 2Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
- 3Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati.
- 4Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
- 5Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
- 6Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
- 7Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_Nom