Resepi Kek Pisang Lembap

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
45 minit
Jumlah Hidangan
8 orang

Resepi Kek Pisang Lembap yang sangat sedap, gebu dan lembut. Sesuai sangat untuk dibuat hidangan minum petang bersama keluarga. Cara nak buatnya pun mudah kerana Che Nom hanya pakai blender sahaja. Kalau boleh gunakan pisang yang masak ranum sahaja kerana rasanya akan lebih manis dan sedap.

Dalam resepi ini Che Nom masukkan separuh gula putih dan separuh gula perang kerana gula perang memberikan sedikit rasa karamel dan manisnya juga sedang-sedang elok sahaja. Jika tak ada gula perang anda boleh masukkan gula putih kesemuanya.


Bahan-Bahan:

  • 5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak canola atau jagung
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan-bahan untuk diayak:
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
    • 1 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
  3. Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
  4. Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Che Nom turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.

Tips

  • Kek sidah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.