Resepi Daging Masak Hitam

Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
30 minit
Jumlah Hidangan
4 orang

Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap dan Che Nom selalu masak daging ni untuk dimakan bersama nasi tomato dan juga nasi minyak. Rasa kuahnya yang berempah dan pekat memang terbaik.

Untuk resepi daging masak hitam ni tidak perlu lagi dimasukkan garam kerana rasa masin dan manis dari sos tiram dan kicap sudah mencukupi. Rasa masam pula diseimbangkan dengan rasa tomato. Boleh juga kalau nak gantikan buah tomato dengan tomato puree.

Bahan-Bahan:

  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah
    • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Tips

  • Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.

Youtube Video: