Resepi Cucur Jagung

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
None

Resepi Cucur Jagung yang mudah dan cepat disediakan. Che Nom cuma gunakan bahan asas di dalam resepi ini kerana ini lah cara penyediaan ibu sejak dari dahulu lagi. Untuk resepi ini anda hanya perlu mengagak sahaja jumlah bahan yang digunakan.

Bahan-Bahan:

  • 2 batang jagung
  • air
  • gula
  • garam
  • tepung gandum
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Buang kulit jagung dan hiris isinya.
  2. Masukkan air, gula dan garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung secukupnya. Agak-agak supaya adunan jangan terlalu pekat. Ketepikan seketika.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5. Angkat tos kan minya di atas kertas tisu. Sedia untuk dihidang.