Resepi Coleslaw ala KFC

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
None
Jumlah Hidangan
4 orang

Resepi Coleslaw ala KFC, mudah dan sungguh cepat disediakan. Kanak-kanak pun suka makan coleslaw, tambahan pula jika disejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Keluarga saya suka makan coleslaw bersama ayam goreng ala KFC. Resepi ayam goreng ala KFC juga ada iResipi.com.

Bahan-Bahan:

  • 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
  • 4-5 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 batang lobak merah, parut kasar
  • 1/4 cawan susu
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
  3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.