Resepi Cempedak goreng

Masa Penyediaan
None
Masa Memasak
None
Jumlah Hidangan
None

Kali ni Che Nom nak sharebuat cempedak goreng , atau org utara panggil cucoq cempedak. Resepi salutan tepung rangup kali ni sangat mudah. Kebayakan org yang berniaga, memang guna resepi lebih kurang mcm ni.

Kita Cuma guna 1 jenis campuran tepung dan tak perlu pun tambah telur, tapi hasil gorengan nya cukup rangup dan sedap.

Pada yg baru mula nak belajar, Che Nom share juga tips-tips penting semasa menggoreng tu untuk dapat hasil yang bersalut sekata, rangup, dan tak serap minyak.

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 sb majerin
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2-1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sb air kapur
  • 1 cwn air sejuk
  • 1/4 cwn air sejuk (tambah sikit-sikit)

Cara-cara:

  1. Bancuh kapur makan dengan sedikit air.
  2. Cairkan majerin .
  3. Masuk tepung beras dalam mangkuk dan tuang majerin cair, garam, gula, serbuk kunyit dan air sejuk. Kacau sebati.
  4. Masukkan air kapur makan dan gaul sampai hilang ketul-ketul tepung.
  5. Panaskan minyak.
  6. Celup cempedak dalam adunan tepung dan goreng.
  7. Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

Tips

  • Sebelum kupas cempedak, gris minyak pada papan potong dan tangan untuk elak getah melekat.
  • Kapur makan fungi nak bagi rangup la cucur nanti.
  • Minyak kena banyak, agak-agak tengelam, kalau sikit sangat nanti hasil gorengan tak melekat elok.
  • Jangan rendam cempedak lama-lama dalam adunan tepung, nanti isi cempedak jadi lembik, nak dekat nak goreng baru kita celup.
  • Minyak kena maintain panas, biar berdesir bunyi masa goreng tu, kalau kurang panas nanti tepung tertanggal dan kurang rangup.
  • Masa goreng jangan isi penuh-penuh, kalau penuh nanti suhu akan drop.

Youtube Video: