Resepi Biskut Dahlia Coklat

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
15 minit
Jumlah Hidangan
50

Resepi Biskut Dahlia Coklat yang diubahsuai untuk memenuhi citarasa kanak-kanak di hari raya.

Bahan-Bahan:

  • 300g mentega
  • 220g gula ising
  • 240g tepung gandum*
  • 100g tepung jagung*
  • 160 gram tepung kastard*
  • 35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
  • Manik gula berwarna untuk hiasan
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

  1. Ayak bahan bertanda *
  2. Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
  3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
  5. Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips

  • Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.