Resepi Bingka Labu Sedap

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Jumlah Hidangan
5 biji

Resepi Bingka Labu yang sangat sedap dan masih mengekalkan bahan tradisi asal. Che Nom tidak tambah pewarna dalam masakan kuih ini kerana warna asli labu sudah cukup menyerlah dan cantik dipandang. Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan dan blender atau pun boleh juga gunakan food processor dan kisar dengan halus. Masa dapat dijimatkan. Selamat Mencuba :)

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu mentega, cairkan
  • 2 cawan puri labu
  • bijan secukupnya

Cara-cara:

  1. Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
  2. Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
  4. Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
  5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong