Resepi Begedil Daging

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
3

Resepi Begedil Daging yang sedap dimakan bersama soto atau bihun sup. Menggunakan ubi kentang dan daging sebagai bahan utama, Begedil daging taklah begitu sukar untuk disediakan, hanya perlu menggunakan teknik yang betul pasti menjadi, pastilkan minyak yang digunakan untuk menggoreng begedil ini betul-betul panas untuk menggelakkan daripada minyak daripada melekat pada begedil.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram ubi kentang
  • 150 gram daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 2 biji cili merah, dihiris halus
  • 2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
  3. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  4. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
  5. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak

Tips

  • Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.