Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Jumlah Hidangan
3 orang

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.

Untuk resepi kali ini Che Nom letak cili kisar dan juga cili api bagi memekatkan kuah dan pedas nya secukup rasa. Bahan tumisan lebih sedap kalau ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hiris nipis pun boleh juga. 

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos romato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • cili merah
  • sedikit air
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar, hiris bulat
  • Bahan tumbuk halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Cara-cara:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
  5. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  6. Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
  7. Angakat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.

Tips

  • Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.

Youtube Video: