Resepi Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Jumlah Hidangan
4 orang

Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah. Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas.

Bahan-Bahan:

  • 300 gram ayam, potong kecil
  • 5 biji cendawan butang segar, potong 4
  • 4 batang celeri, potong serong
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  4. Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Tips

  • Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.