Resepi Asam Pedas Ayam Johor

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30-40 minit
Jumlah Hidangan
7-8 orang makan

Kali ni jom tengok Che Nom masak masakan yang sangat terkenal di negeri Johor iaitu Asam Pedas Ayam. Biasanya kita makan asam pedas ikan kan ha, buat sesiapa yang belum pernah masak dengan ayam atau tak pernah makan asam pedas ayam, anda wajib cuba. Memang tak sangka sedap rupanya lauk ni. Dari segi bahan, versi Johor tak ada diletakkan halba atau rempah.

Nak dapatkan kuah asam pedas yang sedap, bahan-bahan kisar mestilah ditumis lama sampai pecah minyak, dan sampai masak eloklah orang kata. Barulah betul-betul menjadi dan sedap macam masakan nenek-nenek kita dulu.

Bahan-Bahan:

  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 ketul kunyit
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2- 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 5 batang bendi
  • 1 ikat daun Kesum
  • 15-20 biji cili kering
  • Air pati asam jawa
  • 1/2 - 1 ekor ayam
  • 1.5 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 sk serbuk perasa
  • Air, untuk kuah

Cara-cara:

  1. Serai potong 2 dan ketuk.
  2. Hiris nipis lengkuas, halia, kunyit, bawang merah kecil dan bawang putih.
  3. Belah 2 bunga kantan dan tomato.
  4. Gunting cili kering dan rebus 5-8 minit.
  5. Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
  6. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili kering dan air.
  7. Panaskan minyak dan tumis serai
  8. Masuk bahan kisar halus dan air.
  9. Masak sampai pecah minyak. Ulang 3 kali tambah air dan masak sampai kering.
  10. Masukkan ayam dan sambung masak sampai ayam kecut.
  11. Masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, garam, serbuk seasoning dan air untuk lebih berkuah.
  12. Reneh sampai ayam masak dan kuah pekat.
  13. Masuk tomato dan bendi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.

Tips

  • Lengkuas kalau keras sangat, hiris nipis-nipis biar senang hancur.
  • Bahagian batang bunga kantan kalau nak masuk jugak pon boleh, wangii.
  • Kalau nak lebih berkuah dan cair boleh tambah air.

Youtube Video: