Resepi Apam Gula Hangus Lembut Dan Gebu

Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
15-20 minit
Jumlah Hidangan
15-20 biji

Kali ni kita beralih pada resepi kuih muih kuih tradisi pula iaitu apam gula hangus, yang dimasak dengan cara mengukus. Buat peminat-peminat kuih atau kek yg berasakan gula hangus, jom lah cuba sebab tak susah pun. Kuih kegemaran orang-orang lama ni. Cuma kena tau teknik yang betul untuk hasilkan sirap gula hangus, kerana sirap inilah yang menentukan rasa kuih kita nantidan juga beri perhatian pada proses dan tips sepanjang nak hasilkan kuih ni.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan air panas
    • 1/2 cawan minyak jagung
    • 2 sudu besar majerin atau mentega
    • 2 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:

  1. Cara-cara untuk X:
    1. Sapu acuan dengan minyak dan ketepikan.
    2. Ayak tepung gandum dan baking soda kemudian ketepikan.
    3. Pecahkan telur.
    4. Masuk gula pasir dalam kuali dan panaskan gula (jangan kacau sehingga sehingga gula jadi perang).
    5. Bila dah mula perang, kacau sehingga larut dan masukkan air panas. Biarkan gula larut dan sejukkan.
    6. Masukkan minyak jagung, majerin, telur, esen vanilla dan susu pekat dalam food processor/blender. Kisar sehingga kembang putih (30 saat -1 minit). Masuk secubit garam (jika guna unsalted butter).
    7. Masukkan bahan ayak dan sirap gula hangus yang sejuk. Adun sehingga sebati (angaran 1 minit).
    8. Rehatkan adunan 30 minit 1 minit.
    9. Tuang adunan dalam acuan.
    10. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit.

Tips

  • Gunakan kuali tebal supaya gula tak cepat hangus dan panas sekata
  • Kacau gula guna hujung senduk sikit takut gula melekat dan mengeras, Che Nom guna chopstick saja.
  • Jangan tuang adunan terlalu penuh dalam acuan.
  • Kalau guna pengukus klasik, balut penutup dengan kain.

Youtube Video: