Siakap 3 Rasa Ala Thai

Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, tapi kali ni jom tengok video versi baru yang lebih menarik dengan resepi yang ditambah baik lagi supaya lebih sedap hasilnya.

Beza kuah 3 rasa dengan masam manis ialah, kuah masakan 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, contohnya serai, daun limau purut dan juga ketumbar, berbanding kuah sweet sour yang lebih ringkas, dan lebih manis dari pedas.

Kombinasi pedas, masam dan manis serta aroma dan tekstur dari pelbagai bahan tu yang membuatkan masakan dari resepi ni tambah sedap. Ada satu bahan special yang Che Nom masukkan untuk dapatkan rasa hebat macam restoran Thai.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • biji bawang holland
    • Sedikit capsicum
    • 1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
    • 2 pokok ketumbar
    • 1 biji tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar sos tomato
    • mangkuk kecil sos cili
    • 1 mangkuk nenas didadu
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • 1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
    • 1 sudu besar sos ikan
    • Garam, secukup rasa
    • 1 sudu kecil gula perang
    • 2-3 helai daun limau purut
    • Sedikit perahan jus limau nipis
    • Sedikit air, untuk lebih berkuah
  • Bahan-bahan untuk ikan siakap:
    • 1 ekor ikan siakap
    • Sedikit garam
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Tepung jagung
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • Daun ketumbar
    • Daun salad
    • Hirisan nenas

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kuah 3 rasa:
    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
    2. Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
    3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
    4. Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
    5. Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.
  2. Cara-cara untuk siakap 3 rasa:
    1. Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
    2. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
    3. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
    4. Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
    5. Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.

Tip:

  • Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
  • Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video

Resepi Berkaitan:

Ikan Siakap Stim Limau ala Thai

Che Nom nak share satu resepi sihat kegemaran Che Nom, sesuai untuk yang tengah diet atau menu yg kalau minyak dah habis kat dapur, iaitu resepi Siakap Steam Ala Thai. Resepi di ilhamkan dari Pailin’s Kitchen, dari negara jiran iaitu Thailand. Che Nom ni mmg penggemar tegar makanan Thai. Caranya …

Siakap Kengsom Thai

Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk yg mudah, tapi walau mudah..fuh sedap tak terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom. Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari selatan thai. Kuah nya wangi sgt dari kunyit dan bawang fresh Rasanya pun kena ada pedas dari …

Paprik Seafood Ala Thai

Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama kepada sedapnya masakan ini ialah seafood dan bahan- bahan yang segar. Bagi mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama yang selalu digunakan oleh tukang masak Thai, terutamanya masakan …

Kerabu Daging Ala Thai

Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis kerabu yang sangat sedap dan popular dari negara jiran. Kombinasi masam, pedas dan aroma dari hirisan serai yang sangat harum membuatkan kerabu ini sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas. Pastikan daging yang digunakan adalah segar.

Kerabu Kerang Ala Thai

Kali ni Che Nom nak share resepi seafood iaitu kerabu Kerang ala Thai. Hidangan ni sesuai sangat untuk sesiapa yang mencari lauk yg mudah dan tak gunakan minyak..kadang-kadang kita rasa nak makan yang mudah aja kan. Apa yg penting ialah kerang mestilah segar dan direbus dengan cara yang betul, dan …

Ikan Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Masak 3 rasa, untuk resepi ini Che' Nom menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal, Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia.

Kerabu Maggi Ala Restoran Thai

Kali ni Che Nom nak masak menu yang sempoi..menu yang tak perlu susah-susah nak masak lama dan mesra orang bujang gitu iaitukerabu maggi. Selalunya kita masak maggi style berkuah atau goreng tu, kali ni kita buat lah kerabu pulak. Kalau dah nama pun kerabu mesti ada rasa pedas, ada rasa …

Tomyam Putih ala Restoran Thai

Hi semua, kali ni Che Nom nak share resepi tomyam kuah putih ala Thai yg pedas, masam secukup rasa, sama macam yg Che Nom selalu makan kat Kg Baru dulu. Mmg sedap betul tomyam ni, simple pun nak sedia kan. 

Daging Masak Merah ala Thai

Che Nom nak kongsi satu lagi resepi yg mendapat permintaan ramai iaitu resepi Daging Masak Merah Ala Thai yang lebih kurang macam kat kedai tomyam tu. Caranya mudah dan ringkas. Dagingnya direbus hingga masak empuk dan lembut, dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama …

Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai

Kali ini Che Nom nak share resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai. Sambal belacan ni diletak bawang tanpa perlu masak dan ini memang cara sesetengah kedai tomyam. Sambal belacan ni memang terbaik kalau makan dengan Ayam Paprik atau Nasi Goreng USA.