Sambal Pedas Ayam

Resepi Sambal Pedas Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong ikut suka
  • 2 helai daun kunyit - disimpul atau diracip halus
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan serbuk perasa
  • Bahan-bahan untu dikisar :
    • 10 tangkai cili hidup
    • Segenggam cili api kampung
    • 10 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 5 batang serai
    • 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan bahan2 kisar didalam kuali hingga naik bau dan garing
  2. Masukkan kesemua ayam dan gaul sentiasa. Letak sedikit air jika perlu
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit tadi. Biar seketika hingga ayam betul2 masak
  5. Sedia dihidang

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.