Nasi Goreng Kerabu

Resepi nasi goreng inspirasi dari Thailand Anda harus mencuba Resepi Nasi Goreng Kerabu ini, hanya ikut cara-cara yang di nyatakan pasti mejadi!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi
  • Sedikit ikan bilis, digoreng
  • Sedikit ikan masin, digoreng dan tumbuk kasar
  • 5 biji cili api dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 2 biji bawang merah di mayang
  • 5 btg kacang panjang
  • Sedikit kubis, hiris halus
  • 2 btg serai, hiris halus
  • 1 btg bunga kantan, hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan.
  2. Masukkan bawang merah, serai, bunga kantan dan kacang. Kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukan kubis, ikan bilis dan ikan masin. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Hias dengan sedikit bawang goreng, dan sedap dimakan bersama sambal belacan.

Tip:

  • Berhati-hati jika menambah garam kerana ikan bilis dan ikan masin sudah memberikan rasa masin kepada nasi goreng.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.