Muffin Milo

Resepi Muffin Milo yang sangat sesuai untuk para peminat-peminat Milo. Dalam resepi ni ada gunakan buttermilk, dan ianya menghasilkan muffin yang lembab dan sangat sedap. Jika anda gunakan salted butter, tidak lagi perlu tambahkan garam di dalam resepi ini.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk A (bahan kering):
    • 2 cawan tepung naik sendiri
    • 3/4 cawan serbuk Milo
    • 2 sudu besar serbuk koko
    • 1/4 cawan gula kastor
    • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk B (bahan basah):
    • 1 cawan buttermilk
    • 1/2 cawan unsalted butter (115g), cairkan
    • 2 biji telur
    • 2 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan-bahan untuk C:
    • 1 cawan coklat cip atau coklat cincang kasar
    • cawan kertas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Dalam mangkuk pertama, campur semua bahan-bahan A dan kacau dengan whisk.
  3. Dalam mangkuk kedua, campur semua bahan-bahan B.
  4. Tuang adunan mangkuk kedua ke dalam mangkuk pertama. Kacau adunan supaya sebati dan masukkan coklat cip.
  5. Kaup adunan dengan sudu dan isikan ke dalam cawan kertas sebanyak 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 18-20 minit.

Tip:

  • Kalau anda gunakan cawan kertas bersaiz kecil anggran adunan adalah sebanyak 24 biji. Masa pembakaran pula harus dipendekkan kerana muffin bersaiz mini lebih cepat masak..

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video