Kuih Bakar Pandan

Resepi Kuih Bakar Pandan yang patut anda cuba, kuih tradisi melayu yang tak asing lagi, tapi hati-hati jangan sampai arang naik ke muka.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan jus pandan,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 1/2 cawan santan (450ml),
  • 3 biji telur
  • 1/2 sdt garam dan sedikit pewarna hijau.

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan smua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.
  2. Kemudian bakar hingga masak. (Kalau bakar dgn oven..panaskan loyang yang telah dioleskan minyak.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan bakar sehingga masak.

Tip:

  • Boleh di tambah dengar sedikit butter cair atau satu sudu tepung jagung

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.