Kerabu Pucuk Paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku yang mudah dan berkhasiat, Pucuk Paku Kaya dengan Zat Besi & Beta Carotine(Vitamin A) baik untuk mata anda. Sedap di makan bersama ikan kembung goreng!.

Bahan-bahan:

  • satu ikat pucuk paku
  • 1 sudu besar udang
  • 5-6 tangkai cili api, dihiris nipis
  • sedikit belacan
  • sedikit kerisik
  • 4 ulas bawang kecil, dihiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rendam udang kering, keringkan air dan tumbuk bersama belacan yang dipanggang.
  2. Celur pucuk paku dalam air panas selama 2-3 minit, angkat dan toskan.
  3. Gaulkan pucuk paku bersama bahan tumbuk, cili api, kerisik, dan santan serta garam secukup rasa.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.