Resepi Kek Batik 2

Kek Batik 2
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:5 Minit,
  • Jumlah Hidangan:5

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Kek Batik Mudah, 15 minit hanya di perlukan untuk memasak dan penyediaan.

Bahan-Bahan:

  • 200 gram biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • sedikit esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Lapik tin berukuran 4 x 8 inci dengan plastic cling atau parchment paper.
  2. Di dalam periuk, masukkan semua bahan kecuali mentega dan biskut marie.Atas api yang perlahan kacau adunan menggunakan whisk sehingga menjadi pekat dan berbintil-bintil.
  3. Sendukkan adunan ke dalam tin sebagai lapisan asas, kemudian susun biskut marie sehingga menutupi permukaan adunan asas.
  4. Sendukan adunan coklat lagi hingga menutupi biskut marie kemudian susun lagi biskut marie atas lapisan tadi.
  5. Ulang step hingga adunan habis. Pastikan lapisan yang terakhir di atas adalah adunan coklat.Tutup permukaan adunan dengan plastic cling, dan letakkan dalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman. Sedia untuk dipotong dan hidang.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: