Daging Masak Asam

Resipi Daging Masak Asam yang Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 6 ulas bawang putih*
  • 6 ulasbawang merah*
  • 3 cm halia*
  • satu cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar kicap
  • sedikit sos tiram
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Potong halus bahan *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan *
  3. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak
  4. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa
  5. Kacau sehingga daging masak dan lembut
  6. Hiaskan dengan daun bawang
  7. Sedap dimakan bersama nasi panas"

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.