Asam Pedas Ikan Tenggiri

Resepi asam pedas ikan tenggiri (versi sy )Oleh:Rouslinda Jani , Like: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri
  • Segenggam cili kering yng telah direbus
  • bawang merah 3 bji
  • bawang putih 2 bji
  • halia dlm 2 inci dan secubit biji sawi
  • daun kesom secukupnya serta asam keping nak guna asam jawa pun boleh ikut suka.

Cara Penyediaan:

  1. Kisar halus bhn basic diatas kecuali bji sawi,
  2. Tumis bersama separuh daun kesom hngga naik wangi dan semerbak
  3. campurkn skali bji sawi lagilh bertmbah wanginya
  4. bile dh pecah minyak masukkn air agak2 ikut bnyk mana ikn sy suka pekat sedikit
  5. lepas tu masukkan ikan, daun kesom yng selebih tadi dan asam keping tunggu hingga ikn mask
  6. akhir skali boleh masukkn bendi dan bila dah masak bolehlah padam api

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.