Apam Polkadot Gebu

Resepi Apam Polkadotyang gebu dan comel,Oleh:Ainun Mamat

Bahan-bahan:

  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus @ gula kastor
  • 150 ml susu segar atau susu cair (sejuk)
  • 3 sudu teh baking powder = ayak skali dgn tepung gandum
  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 1 sudu esen vanilla
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.
  • Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan. sebaik2nya guna yg oil base.

Cara Penyediaan:

  1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
  2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
  3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Tip:

  • Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar.
  • Gunakan api yang sederhana sahaja.
  • Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.