Fungsi Emplex

Oleh: Che' Nom

Apa itu emplex?
Emplex adalah sejenis pengemulsi dalam bentuk serbuk berwarna putih yang digunakan sebagai bahan untuk merangupkan biskut. Hanya masukkan sedikit sahaja serbuk emplex di dalam adunan dan anda akan dapat melihat hasilnya.
 
Emplex juga boleh membantu meningkatkan tempoh ketahanan produk yang dihasilkan. Ada sesetengah resipi biskut ada menyenaraikan emplex sebagai bahan tambahan di dalamnya. Di dalam pembuatan roti pula, emplex digunakan untuk  membantu doh roti supaya menjadi lebih elastik, lembut dan stabil apabila dibakar. 



Emplex boleh di dapati di mana?
Tidak seperti baking soda atau baking powder, mungkin agak susah untuk mencari emplex di kedai-kedai runcit atau pasaraya biasa. Anda boleh cuba dapatkan emplex di kebanyakan kedai bakeri dan ia biasanya dijual dalam botol silinder bersaiz kecil yang beratnya lebih kurang 30g sahaja.