Kuih Bom Bijan Kelapa

Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan lembuttt sangat dalam nya. Sebelum ni Che Nom dah kongsi video resepi kuih bom yang berbeza, dan tetap menjadi. Baru-baru ni ramai follower yang share dgn Che Nom macam mana nak buat kuih bom yang tak meletop cara tradisi dan sedap. InsyaAllah menjadi kalau follow tips nya tu.

Kuih bom ada macam-macam inti kacang merah la, kacang hijau la, kacang tanah la. Tapi kali ni nak share cara buat inti kelapa yang mudah saja, sedap dan berbaloi kalau buat sendiri.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kulit kuih bom:
    • 2 cwn tepung pulut
    • 1/4 cwn tepung gandum
    • 1 sb gula
    • 1/4 sk garam
    • 1 cwn air suam
    • Bijan
    • Bahan-bahan inti
    • 1 biji kelapa parut
    • 1/2-1 cwn air
    • 1/4 cwn gula melaka
    • 2-3 sb gula merah Thai
    • 1-2 sb gula putih, jika suka
    • 1 helai daun pandan
    • 1/2 sk garam
    • 1 sb tepung gandum

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara inti:
    1. Masukkan air, gula melaka, gula merah thai, gula putih dan daun pandan dalam kuali. Masak sampai gula larut.
    2. Masukkan kelapa parut dan garam. Masak sampai sebati.
    3. Letak tepung gandum sikit untuk elak inti berderai bila kita bulatkan nanti.
    4. Bila inti dah kering boleh angkat dan sejukkan.
  2. Cara-cara tepung:
    1. Masukkan gula dan garam dalam air suam.
    2. Campur tepung pulut dan tepung gandum.
    3. Tuang masuk air suam sikit-sikit dan kacau sampai sebati.
    4. Uli sampai doh tak melekat pada tangan.
    5. Bahagi doh kepada 16 bahagian.
    6. Bulatkan inti dan tekan rapat supaya tak berderai.
    7. Doh tadi leperkan dan balut inti.
    8. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air.
    9. Celup kuih bom dalam air tepung pulut dan salut dengan bijan. Tekan bagi bijan melekat.
    10. Tutup kuih bom dengan kain dan rehatkan 1-2 jam suhu bilik.
    11. Goreng kuih dengan minyak sederhana panas dan api perlahan .
    12. Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.

Tip:

  • Gula dapat bantu elakkan kuih pecah dan jadi ranggup di luar bila kita goreng.
  • Petua kalau tak nak kuih bom meletup masa goreng, campur dulu tepung gandum dan tepung pulut sebelum tuang masuk air.
  • Sementara bulatkan inti, tutup doh dengan kain, takut kering.
  • Kalau nak kuih yang cantik minyak kena tenggelam, Che Nom guna periuk untuk jimat minyak.
  • Tip untuk elak meletup, masa mula-mula goreng api kena perlahan je dan masa nak angkat baru boleh kuatkan sikit api dan kerap kacau.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.